Khamis, 20 Ogos 2009

Kenangan Roadshow di SMK Bandar T6,Kluang

Salam kasih sayang buat semua ...

Kenangan Roadshow Sejaeah P& P Berkesan bersama 43 peserta daerah Kluang,Kota Tinggi dan Mersing bersama 2 lagi rakan Gc Mersing Sukamawati dan GC Kota Tinggi En Jamal ternyata gabungan kami menunjukkan keserasian dan kesepaduan.Saling melengkapi,saling membantu saling memahami dan saling berkongsi maklumat.. menjadikan roadshow kami samgat berkesan.Rakan peserta begitu memberangsangkan.Seramai 4 kumpulan membentangkan bahan..masing-masing mempunyai kaedah tersendiri.Kembang-Sebut,Cerai-Rujuk,Travel-File,Terbang dan macam-macam nama dicipta.Apa yang penting,,,,lepas ini bentuklah modul P& P Berkesan yang berinovasi,kritis dan kreatif..Saya yakin dan percaya..usaha yang kecil tetapi ikhlas mendapat keberkatan dari Allah Jua...

Selasa, 4 Ogos 2009

CERAMAH...Oh..CERAMAH

Salam buat semua....
Alhamdullihah..semenjak bergelar GC, rezeki saya murah dan Tuhan selalu membantu saya .Saya banyak mendapat undangan untuk ceramah khususnya Teknik Menjawab Sejarah SPM...Saya akan buktikan saya boeh menjadi penceramah yang hebat.Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pemidato,penyajak,pembahas,pemantun saya yakin saya mempunyai unsur kepimpinan yang tersendiri dan saya juga respek kepada sifu saya Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom selaku majikan saya (pengetua SMKDPBarat) dan juga merupakan guru pembimbing pidato saya semasa bersekolah...Beliau memberikan saya semangat dan kuasa minda separa sedar begitu berkesan untuk dipraktikkan.Yakin dengan kebolehan diri dan Saya Yakin Saya boleh Menjadi Manusia Yang Hebat..Disamping sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Yang MAha Esa...

Rabu, 29 Julai 2009

Roadshow GC PONTIAN APA DAH JADI

Salam buat semua.......Roadshow GC nampaknya macam tak jadije.Tutuntan MGC dan JPNJ untuk membuat roadshow mungkin akan ditunda dan dibatalkan terus kerana pihak JPNJ tidak mengambil tindakan drastik untuk bertemu wakil PPD di daerah pontian.Mungkin terdapat ketidak fahaman tentang matlmat,objektif serta sasaran maka aktiviti ini tidak dapat dijalankan.Sebagai ahli baru dalam MGC , saya berpendapat...inilah cabarannya sebagai GC.. bukan senag nak senang...apa komen anda..????

Jumaat, 24 Julai 2009

PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN AKHIR

Salam buat semua...Sebagai urusetia dan JU Kajian tindakan..melihat dan menguruskan pembentangan kajian tindakan merupakan suatu usaha yang sangat murni... perlu diketengahkan kepada generasi muda agar lebih banayk bertindak dan mengatasi masalah pembelajaran.Ironisnya, sangat baik bagi mereka yang memahaminya dan sangat membuang masa kepada mereka yang tidak berminat untuk menulisnya...

PEMBENTANGAN tentang LOve Science sangat menarik,Kajian tindakan Petak Akruan tentang subjek akaun..sangat menarik dan inovatif menggunakan power point.Konsep 5 senses sangat baik pula untuk semua penulisan karangan pengalaman.Subjek Sains.. pendekatan berkaitan , ....... Banyak lagi..tapi sambung hari lain......

Gerak Gempur Sejarah 2

Salam buat semuaa... Padc amana pelajara 23 hari Khamis bermulalah Gerak Gempur Sejarah2 di sekolahku.Perlaksanaan berjalan dengan baik. Namun..terdapat peristiwa yang tidak dapat kulupakan ...Pada hari ini,Ramai pelajar yang tidak hadir iaitu 9 orang 5 Cemara, 3 oarang 5 cempaka dan 3 orang 5 kenanga...Pada mulanya dapat dikawal..

Namunmselepas waktu rehat saja, 3/4 orang 5 Dahlia diserang penyakit demam dengan tiba-tiba...naik marah juga saya dengan perangai mereka,Rupa-rupanya,memang ada pelajar yang demam..Apabila tiba hari Jumaat,saya dikejarkan dengan berita mereka iaitu...1 disayaki demam denggi dan 1 lagi ditahan di wad..

MAcamana pelajr saya dapat jawap ke tidak? 5 kekwa dah ulangkaji.5 dahlia .... perlu berjumpa dengan cikgu di klinik sejarah dan hasilnya..tengok dulu...
Apa pu...cikgu doakan semuanya berjaya dengan cemerlang.Soalan GerakGempur untuk menguji minda anda dan menajam pemikiran agar lebih berfokus

Jumaat, 17 Julai 2009

Pertemuan 13 GC di PKG BANDAR

Salam buat semua... saya berasa amat bertuah..walaupun sibuk, dapat juga menguruskan surat .Jemputan GC ada seramai 30 orang..tapi datang 15 orang, oklah tu.Saya faham masalah GC.Bagi Gc yang belum dijemput, saya akan terus menjemput GC untuk melaksanakan aktiviti gc di pontian meskipun sekelumit waktu dari jam 10.30 hingga jam 1.00.Perkonsgian ilmu,mantapkan blog yang ada, update bahan dan uploadkan bahan jika ada masa.Lebih menarik jika ada gambar....Terima kasih kepada GC yang sanggup hadir...yang lain datanglah ye..

Selasa, 7 Julai 2009

kenangan KURSUS SMTAG MERSING

Lihatlah seriusnya para peserta pembentang... SMTAG di hotel Mersing..JUSMTAG(SHAINLI)

mesyuarat pembinaan modul sejarah sg sayong

pertemuan dengan beberapa orang GC sejarah amat memberansangkan.Sukma dari mersing,Rohayati dari Pasir Gudang,En Jamal dari Kota Tinggi,Kak Shahrul dari Kluang,En Masehood dari Kluang dan saya dari Pontian memberikan banyak input terkini.
Mereka semua kaya dengan pengalaman tersendiri dan mudah memberikan kerjasama.Hasil pertemuan sehinggalah hari Khamis yang terakhir 25 jun..kami akhirnya dapat menyiapkan modul pmp berkesan untuk perkongsian ilmu guru-guru sejarah negeri johor.tak percaya..tengoklah hasil kami nanti....

Rabu, 24 Jun 2009

Mesyuarat Ketua Pembina Modul P&P Berkesan

Salam buat Gc... Saya ingin berkongsi maklumat dengan Gc .. pada 18 jun 2009 hari Khamis yang lalu saya dan Puan siti suanja bermesyuarat di SMk.Tunku Abdul Rahman Putra kulai.
Kami didedahkan dengan taklimat Mr Yap dan Mr OOi GC yang senior dan bertaraf JUSA C (MR YAP) . Banyak input yang diberi tentang pembinaan modul yang berkesan kepada ketua GC untuk didedahkan kepada ahli dan kawan-kawan yang terlibat.

Banyak kerja GC baru yang perlu disempurnakan..antara lain Modul P&P berkesan kita menggunakan teknik yang mudah diberikan kepada pelajar..kita kena sampaikan dengan cara yan paling berkesan,Itulah fungsi GC.Memudahkan P&P guru khususnya guru baru.

Jadi, saya ingin mengajak semua rakan GC untuk melihat peranan kita sebenarnya banyak dan kita perlu maju selangkah ke hadapan dari guru-guru lain dan memandang wawasan jauh ke depan. Pelajar didahulukan, pencapain diutamakan itulah resolusi kita.
Majulah GC untuk semua.....

SEMPURNAKAN HARIMU...DAN KERJAMU

SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......
Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...
bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.
Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.
Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya.
Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.
Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa

Selasa, 2 Jun 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme KP Pontian

Salam buat semua...........
anda sihat ,anda ceria hari ini..jangan lupa SMTAG yang telah diamanahkan oleh Tuan PPD En Abd Rahim bin Lamin, cukup berbobot..dan mempunyai matlmat yang cukup jelas..Mensasarkan penetapan STandard Minimum Tugas Akademik Guru berdasarkan subjek masing-masing...Konsep One Malaysia dan Konsep Standard Guru Malaysia cukup relevan dengan tuntutan pendidikan dan para pendidik khususnya pada hari ini...Semoga kita bersama-sama memartabatkan penggunaan SMTAg..

Isnin, 1 Jun 2009

Pertandingan Forum Remaja Negeri Johor

salam... hari ini pertama kali saya menghantar peserta forum Remaja.Kami ditempatkan di kumpulan B dan peserta 1 pulak tu.Ternyata banyak kesilapan dilakukan oleh anak didikku,tapi tak mengapalah..lagipun merekalah penyelamat keadaan kerana orang yang terpilih terlalu banyak komitmen.Peserta kali ini nampaknay hebat belaka..terutama peserta Muar dan Segamat..Syabas...diucapkan anda sememangnya layak..diberiakan pengiktirafan.Ahli panel terbaik peserta STF..Seronok rasanya dapat berjumpa anak-anak STF ni..mereka sungguh peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa..itulah kelebihan STF..Berjumpa lagi di masa akan datang

Khamis, 21 Mei 2009

Kursusu Pemantapan Jurulatih Utama

Salam buat semua...Hari ini seramai 15-20 orang Ju berkumpul membincang dan memilih proposal yang layak diketengahkan..Saya dapat idea baru hari ini berkaitan dengan konsep inovatif dalam menghasilkan Kajian Tindakan berdasarkan pendekatan cerita kreatif.Hasil perkongsian ilmu dengan cikgu Sadek dan Kak Halijah banyak ilmu baru yang diperoleh.

Ilmu baru lain adalah tentang aktiviti Seminar selari..seminarPertandingan dan Pembentangan Kajian Tindakan Separuh akhirdan akhir yang akan dijalankan pada 7-8 Julai ini bagi sek menengah dan akhir jun bagi Zon sekolah rendah..Moga JU semua bersiap sedia menjalankan tugas dan lengkapkan Fail JU.Pesanan Tn Hj Kahar..

Jumaat, 15 Mei 2009

selamat hari guru

selamat hari guru..happy teachers day...hai..nampak cantik hari ini cikgu....maklumlah hari guru..hari inilah hari yang amat dinantikan oleh para guru..Hadiah dari pelajar dan yang paling penting hari ini adalah hari kita..hari ini kita dihargai..terasa diri ini amat bertuah bergelar seorang guru..bayangkanlah setiap hari marah aje,.....membebel kat pelajar..hari ini kita senyap..hari ini kita senyum..kurang bercakap..lebih banyak diam dan menerima ...Apa pun cikgu..anda semua adalah guru yang cemerlang..Terima kasih untuk semua guru yang pernah mendidik saya khususnya Haji Hashim bin MOhd Dom Pengetua saya..yang banyak mendidik saya sebagai pemidato,..Terimakasih cikgu..Jasa mu amat kukenang..Buat Bonda Hajah Zahrah...Dirimu ibarat bonda yang sentiasa subur dihati ini..

selamat hari guru..selamat hari guru....Nyanyikan Guru Malaysia

Rabu, 29 April 2009

Perwakilan MGC Johor

Tahun ini, saya terpilih menjadi AJK MGC Negeri Johor.Mungkin banyak aktiviti yang akan dijalankan peringkat MGC Negeri.Tambahan pula ramai peneraju bermuka baru pasti ada idea yang lebih jitu mewarnai dunia MGC.... Apa yang penting buat blog , wujudkan perkongsian...................

http://mgcpontian@blogspot.com

Seminar Profesionalisme Guru Cemerlang Negeri Johor

Salam buat semua........Ingin saya berkongsi sesuatu...
Dalam seminar ini,terlalu banyak input yang saya peroleh..pesanan Hajah Junaidi tentang peri pentingnya perngorbanan seorang Guru Cemerlang mewujudkan P&P berkesan mengakui tentang sejauhmana keberadaan diri sendiri...
Pesanan Encik Hasidin selaku wakil rasmi Pengarah mempunyai suatu simbolik dan harapan untuk melihat peranan Guru Cemerlang dalam membantu Negeri Johor mencapai target Top 5 diidbaratkan seekor lalat kecil mengangkat seekor katak...perlulah difikirkan..
Pesanan Encik Azizul selaku Guru Cemerlang Jusa C begitu terkesan di hati ini....kredibiliti Guru Cemerlang perlu dihargai, dihayati dan dilaksanakan sebaik-baiknya....Jangan terlalu mengharap pada imbuhan ,tetapi bersikap ikhlas dalam mendidik anak bangsa...kita akan mendapat sesuatu yang lebih berharga
Natijahnya, seminar ini perlu dibuat setahun sekali bagi memantapkan kredibiliti MGC itu sendiri sama ada di peringkat sekolah mahupun masyarakat.
Sesungguhnya kita semua cemerlang..dan perlu bertindak dengan cemerlang

Selasa, 21 April 2009

Mesyuatat..Oh Mesyuarat

Salam buat semua...
sebagai seorang guru..mesyuarat perkara biasa...tapi terkadang naik muak juga asyik mesyuarat dari jam 1.00 hingga 5 petang dah perkara biasa...banyak perkara nak diingat,nak dibuat ,nak ditulis....jadi cikgu...kena beri juga komitmen...bagaimana cikgu ada komen....

Ahad, 5 April 2009

GERAK GEMPUR SEJARAH

Gerak gempur telahpun dijalankan pada hari Khamis bersamaan 2 April 2009.Soalannya banyak KBKK khususnya SPM kertas 2..ramai pelajar mengatakan susah,tak sempat baca buku,balckout(tak de elektrik),macam-macam lagi, Tak tahu bagaimana hasilnya nanti.
Apapun sebagai GC saya sudah memberikan latih tubi kepada pelajar sebelum itu.Kesannya ada yang menunjukkan reaksi yang positif kelas 5 ke dan sebahagian pelajar 5 Da.
Kekangannya pelajar cina 5 Dahlia.. yang sukar untuk ubah sikap dan segelintir pelajar 5 kekwa..
Saya berdoa kepada tuhan agar melembutkan hati mereka...kerana saya dah buat yang terbaik untuk mereka....Namun saya tidak akan putus asa.....

Kegagalan bukan penentu segalanya..tetapi belajarlah dari kegagalan yang lalu untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang..

Ahad, 29 Mac 2009

KURSUS PEMANTAPAN KAJIAN TINDAKAN

Kursus Pemantapan Kajian Tindakan diadakan pada hari Sabtu 28 Mac 2009.Saya bertindak sebagai AJK(urusetia) bahagian pendaftaran.Ramai sambutan kali ini seramai 418 orang guru yang terdiri daripada guru besar,pengetua dan pentadbir di sek Men dan sek Ren.Manakala guru-guru SMKDPB seramai lebih kurang 15 orang yang mengikuti kursus ini.Banyak input diperoleh..khususnya pembentangan TUN AZLINA yang membentangkan kajian tindakan dalam bentuk nyanyian.
Saya kagum dengan usaha dan semangat gigihnya...semoga saya dapat belajar daripada sikapnya yang positif dan sentiasa menyayangi pelajar

Ramai yang berpuashati..tapi terlalu lama sangat selesai khususnya ucapan panjang lebar ketua sektor.Ramai audien yang letih dan tidak sabar untuk pulang.

Syabas diucapkan kepada semua AJK Kajian Tindakan kerana telah menyumbangkan komitmen yang tinggi

Rabu, 25 Mac 2009

mesyuarat JKD Sejarah diSMKDYS

Banyak agenda dibincangkan ...apa yang penting 11 April ini kena berikan ceramah tentang pemantapan P&P kepada guru sejarah..Saya perlu buat yang terbaik...kerana tiada usaha yan lebih baik melainkan pengorbanan yang ikhlas dan istiqamah.....

Ahad, 8 Mac 2009

Kajian tindakan baru..

Tahun ini. ... semua guru diarah membuat satu kajian tindakan,gc kena buat juga...idea tu banyak tapi kena rancang betul-betul suatu inovasi untuk subjek sejarah.Bukannya mudah nak buat untuk bergelar juara..tapi kena juga buat yang terbaik.I hope all the teachers at SMKDPB were enjoy ... Kita buat yang terbaik.ok.

Rabu, 4 Mac 2009

Pertemuan ppd- tentang SPI

pada hari rabu 4 mac 2009, beberapa orang GC diberikan taklimat oleh Tuan PPD En Abdul Rahim di Bilik Mesyuarat Siantan tentang SPI.Pada awalnya , malas juga nak dengar tetapi bila dah difahami konsepnya... saya rasa idea tuan PPD sangat advance sesuai dengan kredibilti tuan yang mahir dalam matematik dan fizik.Selepas ini, saya dan suanja akan membuat kertas kerja tersebut.Semua GC diberikan tugasan untuk menyiapkan suatu SPI bagi subjek masing-masing dengan memilih satu kelas dan ditentukan level atau tahap pelajar di kelas yang diajar.Tarikh date line sebelum 12 Mac. Jangan lupa 12 Mac kena hantar semasa Mesyuarat/Kursus Kajian Tindakan di PKG Benut.Jumpa di sana...

Jumaat, 6 Februari 2009

Cemerlangkan Minda Anda

Semua guru SMKDPB dah ada blog masing-masing.Selepas ini, bolehlah kita bertukar-tukar idea dan maklumat terkini.Semoga kita sentiasa berada dalam landasan yang betul dan tepat.Gunakanlah blog ini dengan tujuan yang baik dan berfaedah

Pembinaan Jati diri

assalamualaikum semua....saya harap semuanya sihat walafiat.Pastikan anda dalam keadaan yang ceria dan cemerlang pada hari ini.Saya rasa amat bertuah pada hari ini kerana semua warga SMKDPB pada hari ini telah mempelajari e-mel dan blog.Saya ingin berkongsi dengan anda segala idea dan motivasi diri.Semogakita sentiasa dalam keadaan yang cemerlang dan berfikiran positif..........
Teruskan usaha ....

Kreativiti dalam kehidupan

Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya perlu kreatif dalam menghasilkan sesuatu.
Ibarat rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak rambut jangan putus.Kekalutan diri dalam membuat kerja seharian yang dibelenggu dengan pelbagai tugasan yang datang secara tiba-tiba memerlukan kesabaran dan kadang-kala perlulah ditangani dengan jiwa yang tenang, dan fikiran yang rasional.

Percaya atau tidak...!!! Marilah kita sama-sama fikirkan bersama.........