Ahad, 29 Mac 2009

KURSUS PEMANTAPAN KAJIAN TINDAKAN

Kursus Pemantapan Kajian Tindakan diadakan pada hari Sabtu 28 Mac 2009.Saya bertindak sebagai AJK(urusetia) bahagian pendaftaran.Ramai sambutan kali ini seramai 418 orang guru yang terdiri daripada guru besar,pengetua dan pentadbir di sek Men dan sek Ren.Manakala guru-guru SMKDPB seramai lebih kurang 15 orang yang mengikuti kursus ini.Banyak input diperoleh..khususnya pembentangan TUN AZLINA yang membentangkan kajian tindakan dalam bentuk nyanyian.
Saya kagum dengan usaha dan semangat gigihnya...semoga saya dapat belajar daripada sikapnya yang positif dan sentiasa menyayangi pelajar

Ramai yang berpuashati..tapi terlalu lama sangat selesai khususnya ucapan panjang lebar ketua sektor.Ramai audien yang letih dan tidak sabar untuk pulang.

Syabas diucapkan kepada semua AJK Kajian Tindakan kerana telah menyumbangkan komitmen yang tinggi

Rabu, 25 Mac 2009

mesyuarat JKD Sejarah diSMKDYS

Banyak agenda dibincangkan ...apa yang penting 11 April ini kena berikan ceramah tentang pemantapan P&P kepada guru sejarah..Saya perlu buat yang terbaik...kerana tiada usaha yan lebih baik melainkan pengorbanan yang ikhlas dan istiqamah.....

Ahad, 8 Mac 2009

Kajian tindakan baru..

Tahun ini. ... semua guru diarah membuat satu kajian tindakan,gc kena buat juga...idea tu banyak tapi kena rancang betul-betul suatu inovasi untuk subjek sejarah.Bukannya mudah nak buat untuk bergelar juara..tapi kena juga buat yang terbaik.I hope all the teachers at SMKDPB were enjoy ... Kita buat yang terbaik.ok.

Rabu, 4 Mac 2009

Pertemuan ppd- tentang SPI

pada hari rabu 4 mac 2009, beberapa orang GC diberikan taklimat oleh Tuan PPD En Abdul Rahim di Bilik Mesyuarat Siantan tentang SPI.Pada awalnya , malas juga nak dengar tetapi bila dah difahami konsepnya... saya rasa idea tuan PPD sangat advance sesuai dengan kredibilti tuan yang mahir dalam matematik dan fizik.Selepas ini, saya dan suanja akan membuat kertas kerja tersebut.Semua GC diberikan tugasan untuk menyiapkan suatu SPI bagi subjek masing-masing dengan memilih satu kelas dan ditentukan level atau tahap pelajar di kelas yang diajar.Tarikh date line sebelum 12 Mac. Jangan lupa 12 Mac kena hantar semasa Mesyuarat/Kursus Kajian Tindakan di PKG Benut.Jumpa di sana...