Khamis, 20 Ogos 2009

Kenangan Roadshow di SMK Bandar T6,Kluang

Salam kasih sayang buat semua ...

Kenangan Roadshow Sejaeah P& P Berkesan bersama 43 peserta daerah Kluang,Kota Tinggi dan Mersing bersama 2 lagi rakan Gc Mersing Sukamawati dan GC Kota Tinggi En Jamal ternyata gabungan kami menunjukkan keserasian dan kesepaduan.Saling melengkapi,saling membantu saling memahami dan saling berkongsi maklumat.. menjadikan roadshow kami samgat berkesan.Rakan peserta begitu memberangsangkan.Seramai 4 kumpulan membentangkan bahan..masing-masing mempunyai kaedah tersendiri.Kembang-Sebut,Cerai-Rujuk,Travel-File,Terbang dan macam-macam nama dicipta.Apa yang penting,,,,lepas ini bentuklah modul P& P Berkesan yang berinovasi,kritis dan kreatif..Saya yakin dan percaya..usaha yang kecil tetapi ikhlas mendapat keberkatan dari Allah Jua...

Selasa, 4 Ogos 2009

CERAMAH...Oh..CERAMAH

Salam buat semua....
Alhamdullihah..semenjak bergelar GC, rezeki saya murah dan Tuhan selalu membantu saya .Saya banyak mendapat undangan untuk ceramah khususnya Teknik Menjawab Sejarah SPM...Saya akan buktikan saya boeh menjadi penceramah yang hebat.Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pemidato,penyajak,pembahas,pemantun saya yakin saya mempunyai unsur kepimpinan yang tersendiri dan saya juga respek kepada sifu saya Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom selaku majikan saya (pengetua SMKDPBarat) dan juga merupakan guru pembimbing pidato saya semasa bersekolah...Beliau memberikan saya semangat dan kuasa minda separa sedar begitu berkesan untuk dipraktikkan.Yakin dengan kebolehan diri dan Saya Yakin Saya boleh Menjadi Manusia Yang Hebat..Disamping sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Yang MAha Esa...