Rabu, 24 Jun 2009

Mesyuarat Ketua Pembina Modul P&P Berkesan

Salam buat Gc... Saya ingin berkongsi maklumat dengan Gc .. pada 18 jun 2009 hari Khamis yang lalu saya dan Puan siti suanja bermesyuarat di SMk.Tunku Abdul Rahman Putra kulai.
Kami didedahkan dengan taklimat Mr Yap dan Mr OOi GC yang senior dan bertaraf JUSA C (MR YAP) . Banyak input yang diberi tentang pembinaan modul yang berkesan kepada ketua GC untuk didedahkan kepada ahli dan kawan-kawan yang terlibat.

Banyak kerja GC baru yang perlu disempurnakan..antara lain Modul P&P berkesan kita menggunakan teknik yang mudah diberikan kepada pelajar..kita kena sampaikan dengan cara yan paling berkesan,Itulah fungsi GC.Memudahkan P&P guru khususnya guru baru.

Jadi, saya ingin mengajak semua rakan GC untuk melihat peranan kita sebenarnya banyak dan kita perlu maju selangkah ke hadapan dari guru-guru lain dan memandang wawasan jauh ke depan. Pelajar didahulukan, pencapain diutamakan itulah resolusi kita.
Majulah GC untuk semua.....

SEMPURNAKAN HARIMU...DAN KERJAMU

SALAM BUAT SEMUA GC YANG SENTIASA BERMOTIVASI.......
Suatu perkara yang amat indah dalam hidup ini apabila kita dihargai...
bukanlah mengharapkan julukkan nama,pangkat atau kedudukan..tetapi orang menghargai kerja kita selama ini.
Kadangkala...orang tak nampak kerja kita yang tekun pada waktu malam, waktu pagi bangun,waktu orang lain cuti , tapi orang nampak perkara yang lazim... kejayaan cemerlang pelajar...sekolah dapat anugerah.... tapi semuanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat juga.
Waktu cuti sekolah alangkah leganya dapat melabuhkan seketika punggung, dapat merehatkan seketika minda, dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anggota keluarga, jiran tetangga,sanak saudara...pokok pangkalnya hari cuti gunakan sebaik-baiknya.
Masa yang ada kadangkala sedikit, tetapi perlu digunakan dengan berkualiti..itulah hakikatnya.Meskipun cuti ada kelas tambahan, ada kursus.... kerana setiap kesusahan pasti ada ganjarannya dan setiap kesulitan pasti ada kemudahan kelak.
Yakinlah.. bahawa hidup orang beriman akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan,,,Apa respon GC? Fikirkanlah... kerana kita adalah sama disisi Tuhan melainkan orang yang bertakwa

Selasa, 2 Jun 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme KP Pontian

Salam buat semua...........
anda sihat ,anda ceria hari ini..jangan lupa SMTAG yang telah diamanahkan oleh Tuan PPD En Abd Rahim bin Lamin, cukup berbobot..dan mempunyai matlmat yang cukup jelas..Mensasarkan penetapan STandard Minimum Tugas Akademik Guru berdasarkan subjek masing-masing...Konsep One Malaysia dan Konsep Standard Guru Malaysia cukup relevan dengan tuntutan pendidikan dan para pendidik khususnya pada hari ini...Semoga kita bersama-sama memartabatkan penggunaan SMTAg..

Isnin, 1 Jun 2009

Pertandingan Forum Remaja Negeri Johor

salam... hari ini pertama kali saya menghantar peserta forum Remaja.Kami ditempatkan di kumpulan B dan peserta 1 pulak tu.Ternyata banyak kesilapan dilakukan oleh anak didikku,tapi tak mengapalah..lagipun merekalah penyelamat keadaan kerana orang yang terpilih terlalu banyak komitmen.Peserta kali ini nampaknay hebat belaka..terutama peserta Muar dan Segamat..Syabas...diucapkan anda sememangnya layak..diberiakan pengiktirafan.Ahli panel terbaik peserta STF..Seronok rasanya dapat berjumpa anak-anak STF ni..mereka sungguh peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa..itulah kelebihan STF..Berjumpa lagi di masa akan datang